Friday, March 11, 2011

Perasaan ku saat ini,,,,

Masa yang berlalu mamatangkan kita,,Setiap hari ada saja kerenah manusia yang bermain di mata kita,,,Entahlah kelakar menjelajah diri..Semestinya kita akan rasa lebih yakin dengan tahap kematangan ini kan??Bila agaknya kita akan sedar semua itu??persoalan menerjah dalam diri....ada kemungkinan orang lain yang akan perasan perubahan dalam diri kita,yang kadangkala kita sendiri tidak perasan.Mungkin disebalik keceriaan yang tergambar dari riak muka kita menggambarkan apa yang tersurat,belum tentu yang tersirat dapat diungkap.Membaca fikiran orang lain adalah suatu perkara yang susah tapi tidak mustajil.Ada kalanya kita akan berasa sedikit kecewa apabila perubahan yang dilakukan mambuatkan hati rasa serba salah,,,Apatah lagi orang yang rapat dengan kita,,,Mungkin kejujuran itu penting,tapi tidak semua perkara perlu dikongsi bersama.Ada ketika kita perlu menyembunyikan dari pengetahuan orang lain demi menjaga perasaan orang yang kita sayang.Tapi semua itu tidak ada maknanya sekiranya pengorbanan yang kita lakukan tidak mendapat tempat dihati orang yang disayangi,,,,,Bagaimana perasaan sekiranya kita dikecewakan?adakah kita akan dapt menerima dengan hati yang terbuka???atau kita akan terus mempersoalkannya???semua kejadian adalh aturan dari Ilahi,,,memang sukar untuk melupakan orang yang kita kenali apatah lagi pernah menjadi tempat untuk maluahkan segala perasaan yang tersembunyi...tapi kita perlu berfikir bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri...Dengan segala rasa yang terbuku dalam diri adalah lebih elok jika diubati dengan bermohon patunjuk yang Esa kerana Dia sahaja "cinta hakiki" dunia dan akhirat....
salam sayang
-ariana-

Thursday, December 23, 2010

Lanjutan cerita,,,

kalau dulu untuk masuk ke SBP jumlah peratusan hati ku hanya 0%,100% hanya datang dari ibu dan ayahku.Kalau dulu aku bergelar pelajar sekolah harian biasa,tapi kini aku di gelar"budak SBP".Ha...aku tidak tahu apa perbezaan yang ada dengan gelaran yang diberikan.Bagi aku semua itu hanya sekadar nama.Semua orang sama dan malah mereka lagi hebat berbanding diriku.Kadang kala pangggilan sebegitu menjadikan aku takut untuk malihat realiti kehidupan yang bakal aku jalani,sebab setiap tindak tandukku akan menjadi bahan kata-kata buat orang yang tidak pernah merasai hidup dalam kelompok pelajar SBP.Terasa diri ini kerdil tatkala berhadapan dengan mereka yang jauh lebih segala-galanya dari diriku.Walaupun sebelum ini aku pernah merasa hidup seperti burung dalam "sangkar" tanpa mengetahui perkembangan dunia luar,itu tidak membuatkan diriku begitu selesa tatkala memasuki alam kehidupan yang sebegitu di tempat yang baru."Ala budak SBP kan pandai" itulah yang selalu bermain di bibir rakan-rakan ku.Pada pandangan mata mereka,pelajar-pelajar SBP ini merupakan pelajar-pelajar yang pandai dan pintar,,,Hahahaha,,,itu tidak aku nafikan,,tapi ianya tidak bagi diriku.Perkara yang paling aku geruni ialah aku akan kehilangan rakan-rakan seperti mana yang pernah aku punyai sewaktu bersekolah di sekolah yang lama.Itu terjadi pada permulaan hidupku di SBP.Ermmmmm...Kesepian,kesunyian,kecewa,sedih,keseorangan,semua itu aku lalui sendirian.Tapi masa mematangkan pemikiran ku,aku belajar bagaimana untuk menerima hakikat bahawa aku tidak lagi berada di sekolah ku yang lama.Kini aku dapat menerima kehidupanku yang baru.Rupanya tidaklah seperti yang ku fikirkan sekarang selama ini.Kehidupan di SBP mengajar ku apa yang dimaksudkan dengan berdikari.Ya,,,benar kata orang "ala ko kan da biase dok ostel",,,tapi kehidupan di sini sangat berbeza,,,Ada banyak keseronokan yang aku dapat,banyak pengalaman yang aku kutip.Aku juga belajar untuk lebih menghormati orang tidak kira usia yang lebih muda mahupun tua.Jika dahulu aku mentertawakan rakan ku yang begitu lembut hatinya untuk memaafkan orang,tapi sekarnag aku merasai sendiri kemanisan memaafkan orang lain dan menerima maaf,,,Urmmm,,,aku seakan merasa di kala ini aku terkena "badi " rakan ku..Di sini baru ku fahami,betapa beratnya tugas seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang lain.Walau sekacik mana pun jawatan yang dipikul ianya tetap merupakan tugas yang penting.Ia diibaratkan seperti"ajinomoto" yang menyempurnakan rasa sesuatu masakan.Walaupun jumlahnya kecil,ia tetap akan rasa sesuatu yang kurang jika tiada.Begitulah yang dapat ku rasa sewaktu aku menjadi ketua untuk satu pementasan drama di sekolah ku.Dengan aktiviti sebegini,aku dapat belajar erti kerjasama yang sebenar,kerana semua orang bertungkus-lumus memberikan komitmen yang terbaik tanpa sebarang rungutan mahupun sindiran dalam pembahagian tugas.Itu semua tidak aku perolehi semasa aku di sekolah lama.Aku rasa cukup sampai di sini dahulu coretan ku.Akan aku ceritakan pengalaman ku dalam lembaran yang akan datang,,,
Jumpa lagi...

Tuesday, December 21, 2010

Diari Hidupku,,

Masa berlau dengan pantas.Seakan mengerti apa yang sedang aku alami.Hidupku kini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan ku dahulu.Terasa diriku kini semakin meningkat dewasa.Hermmm,,orang kata jauh perjalanan luas pemandangan,,begitu juga dengan diriku.Kini aku telah belajar erti kehidupan yang tidak orang lain rasakan melainkan diriku.Terlalu banyak pengalaman yang berharga yang dapat ku kutip sepanjang perjalanan hidupku.Pengalaman belajar,bermain,berkawan,dan yang paling aku nanatikan adalah pengalaman mengalami perasaan mencintai dan dicintai,,Mungkin perkara ini terlalu keanak-anakan,tapi bagi sesiapa yang belum pernah mengalaminya pasti merasakan ia suatu penantian.Hurmmm,,,ikuti kisah yang selanjutnya di episod akan datang,,,
Jumpa lagi,,,